Selasa, 18 Januari 2011

Nuffnang Adalah

Salam,
Sebelum ini ada teman-teman dari Blogger Indonesia bertanya di Cbox saya tentang Nuffnang (iklan diblog saya). Cuma hari ini saya baru terfikir untuk menulis sedikit tentang Nuffnang, mungkin disebabkan nilai Alexa diblog ini sangat lumayan dan mencapai angka berjuta. Berbanding sebelum ini cuma 200 ribu.

Sebagai memulakan hidup baru tanpa backlink dan PR, saya cuba menulis apa saja. Mungkin Nuffnang sepintas lalu dapat menjadi informasi santai buat teman-teman blogger Indonesia.

Sejarah
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan blog antara yang paling berjaya di peringkat Asia. Ditubuhkan pada Februari 2007, oleh Blogger Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheo Ming Shen. Mereka membangunkan perkhidmatan (Jasa=bahasa Indonesia) pengiklan blog kerana sedar dengan perkembangan pasaran blog di Malaysia. Dalam waktu 2 tahun, mereka telah berkembang ke Singapore, Filipina dan yang terkini bisnes mereka telah berkembang ke Australia.

Seperti diblog ini, Nuffnang ada 3 format iklan iaitu Leaderboard (728 x 90) , Skycraper (160 x 300) & Large Rectangle (336 x 280). Dengan 3 peluang penjanaan pendapatan melalui CPC, CPM & Advertorial.

CPC = Cost Per Click - dibayar pada setiap click,
CPM = Cost Per Impression - dibayar setiap 1000 impression.
Advertorial - dibayar dengan menulis entri/posting.

Glitterati
Glitterati adalah program eksklusif untuk blogger-blogger Malaysia dengan menawarkan hasil pendapatan yang lebih tinggi berbanding ahli biasa, dengan syarat kita tidak boleh menyertai/mempamerkan mana-mana iklan dari Syarikat iklan Asia tenggara. Namun anda masih bebas menggunakan Google Adsense, Chitika & sebagainya kerana mereka bersifat global.

Blog juga termasuk Glitterati (eksklusif), ertinya setiap klik adalah RM0.25. Namun ada berbagai program lain turut diberikan untuk ahli Glitterati, termasuk dijemput untuk menghadiri acara-acara yang mereka sponsor seperti menonton wayang tayangan perdana, perasmian produk, pertemuan blogger dan aktiviti sosial yang lain.

Untuk teman-teman yang tertanya, adakah Blogger Indonesia boleh ikut program Nuffnang. silalah berhubung dengan mereka di www.nuffnang.com.my. dan menurut pengalaman saya, mereka sangat mesra dengan pertanyaan.

Oleh kerana orang Nuffnang adalah Blogger yang aktif dan mereka memiliki sistem keselamatan yang canggih, mereka juga tahu ada kelompok yang melakukan fraud klick. maka ada akibat sedang menunggu kesalahan tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silakan Baca

Pengikut